Something about me....

My photo
S : siti A : aisyah Z : zainal A : abidin N : nooraini 84: year of born 02: brighter's month 15: lucky day

Thursday, April 5, 2012

DIY 6.4.2012: Ikan Tenggiri Pindang Berempah

Salam,
hehe...sape kate bile tem hari jumaat (rehatkan panjang...), kite tak boleh buat kerja lain...kalau shopping boleh, tido boleh, tengok wayang boleh...so, mesti masak pun boleh jugak kan....sebenarnya, antara rajin atau tidak sahaja yang dipisahkan melalui garisan yang sangat halus...cheewaaaahhhh!!!!

So, oleh kerana terlalu rajin (poyo jew kan statement?....) jadi aku pun mengisi masa rehat aku dengan bergunanya...hehehe...tengah rajin....barang pun dah beli sebelumnya...resepi pun dah cari...so let's COOK!!!....


Bahan-bahan:
1) Kepala ikan tenggiri (300g)
2) Bawang putih (1 ulas)
3) Bawang merah (3 ulas)
4) Pes cili (2 sudu besar)
5) Kunyit (1 cm)
6) Halia (1 cm)
7) Buah keras (1 biji)
8) Daun salam (1 helai)- tak jumpa, jadi guna aje daun limau purut & serai...heheh...
9) Serbuk ketumbar (1 sudu besar)
10) Air asam jawa
11) Garam (sedikit)
12) Minyak untuk menumis

Cara memasak:
1) Mula-mula, ketuk dan cincang bawang putih serta potong halus bawang merah.

2) Kemudian, tumbuk buah keras dan kunyit hingga lumat diikuti dengan halihttp://www.blogger.com/img/blank.gifa.

3) Setelah itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi diikuti
dengan bawang merah.

4) Apabila bawang sedikit garing, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi diikuti
dengan pes cili dan serbuk ketumbar.

5) Kacau hingga pecah minyak dan masukkan air asam jawa dan 2 cawan air.

6) Biarkan hingga mendidih dan masukkan daun salam diikuti dengan ikan dan garam.

~~~Tenggiri pindang berempah sedia untuk dihidang~~~

tips from my aunty: kalau nak bagi cili lebih mudah kisar, celur cili kering, toskan, dan masa blend tambah sikit minyak masak.

sumber: blog "Try Masak"

No comments:

Post a Comment