Something about me....

My photo
S : siti A : aisyah Z : zainal A : abidin N : nooraini 84: year of born 02: brighter's month 15: lucky day

Sunday, May 15, 2011

16 Mei 2011, Malaysia Menyambut Hari Guru..


16/5/2011,

Tanpa kita sedar, usia semakin menginjak. Semakin lama semakin bertambah. Namun selari dengan pertambahan usia, sedari itu jualah kenangan-kenangan lama akan menghambat memori hidup kita.

Ada memori yang manis, ada juga yang pahit. Namun semua itu sebenarnya memberi rencah dalam perjalanan hidup kita. Dalam pada itu, kenangan di zaman persekolahan juga akan seringkali singgah dalam kotak fikiran kita semua.

Kawan-kawan yang pelbagai ragam, suasana yang kadang2 tak dapat dilupakan dan paling tidak kita lupakan, guru-guru sekolah yang tidak pernah jemu mendidik serta membimbing kita menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Panggilan-panggilan seperti guru, cikgu, 'laoshi', 'teacher', dan apa jua perkataannya maknanya tetap sama; seseorang yang begitu berjasa dalam memastikan kita berjaya dari segi akademik ataupun sahsiah diri.

'Jasa Guru', sememangnya jasa seorang guru takkan boleh kita lupakan. Bukan hanya seorang tapi untuk semua para guru yang tidak pernah jemu memberikan sumbangan serta memerah keringat saban masa. Apapun, terima kasih atas segalanya cikgu.