Something about me....

My photo
S : siti A : aisyah Z : zainal A : abidin N : nooraini 84: year of born 02: brighter's month 15: lucky day

Monday, March 21, 2011

Musibah, tanda Allah swt mengasihi umatnya?...



Setiap manusia yang dilahirkan di dunia, pastinya akan diuji. Seringkali kita tertanya-tanya, mengapakah kita yan diberikan ujian itu?. Mengapa bukan orang lain, orang yang kelihatan hidupnya seperti tidak pernah diuji. Sebenarnya benarkah kita sebagai manusia yang hidup atas 'ikhsan-Nya' ini dipilih-pilih untuk menerima ujian. Bak memilih baju ataupun dengan kata lain, pilih kasih. (Subhanallah...Janganlah sesekali kita pernah berfikir sebegitu. Allahuakbar...)

Sedarkah kita, dengan pemikiran sebegitu, kita umpama cuba mempersoalkan ketentuanNya?. Nauzubillahhiminzalik... Sebenarnya, setiap dari kita akan diuji, pasti diuji! Bayangkan, Rasulullah saw yang begitu besar tempatnya disisi Allah swt (merujuk kepada kekasih Allah) turut diuji. Malahan ujian baginda sebenarnya lebih besar dan getir daripada kita. Namun, baginda s.a.w. tidak pernah sesekali merungut mahupun berputus asa malahan baginda s.a.w. menerimanya dengan hati yang terbuka. Subhanallah, betapa kentalnya jiwa baginda...

Dalam mengahadapi sesuatu musibah atau dugaan, pernahkah kita terfikir Allah s.w.t menimpakan ujian kepada umatnya atas sebab rasa sayangNya pada kita, teramat sayang...Setiap ujian yang diberikan pasti ada sebab-musababnya serta hikmahnya yang tersendiri. Namun setakat manakah kita sebagai umatNya mampu untuk menerima ujian itu ataupun tidak. Dan sedarkah kita, sebagai umat manusia yang diciptakan oleh Allah swt seharusnya kita bersikap redha atas qada' dan qadar Allah...

Sesungguhnya hanya Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui dan Maha Agung serta tahu apa yang lebih baik untuk kesemua makhluk ciptaan-Nya...Wallahhualam....