Something about me....

My photo
S : siti A : aisyah Z : zainal A : abidin N : nooraini 84: year of born 02: brighter's month 15: lucky day
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Musibah, tanda Allah swt mengasihi umatnya?...



Setiap manusia yang dilahirkan di dunia, pastinya akan diuji. Seringkali kita tertanya-tanya, mengapakah kita yan diberikan ujian itu?. Mengapa bukan orang lain, orang yang kelihatan hidupnya seperti tidak pernah diuji. Sebenarnya benarkah kita sebagai manusia yang hidup atas 'ikhsan-Nya' ini dipilih-pilih untuk menerima ujian. Bak memilih baju ataupun dengan kata lain, pilih kasih. (Subhanallah...Janganlah sesekali kita pernah berfikir sebegitu. Allahuakbar...)

Sedarkah kita, dengan pemikiran sebegitu, kita umpama cuba mempersoalkan ketentuanNya?. Nauzubillahhiminzalik... Sebenarnya, setiap dari kita akan diuji, pasti diuji! Bayangkan, Rasulullah saw yang begitu besar tempatnya disisi Allah swt (merujuk kepada kekasih Allah) turut diuji. Malahan ujian baginda sebenarnya lebih besar dan getir daripada kita. Namun, baginda s.a.w. tidak pernah sesekali merungut mahupun berputus asa malahan baginda s.a.w. menerimanya dengan hati yang terbuka. Subhanallah, betapa kentalnya jiwa baginda...

Dalam mengahadapi sesuatu musibah atau dugaan, pernahkah kita terfikir Allah s.w.t menimpakan ujian kepada umatnya atas sebab rasa sayangNya pada kita, teramat sayang...Setiap ujian yang diberikan pasti ada sebab-musababnya serta hikmahnya yang tersendiri. Namun setakat manakah kita sebagai umatNya mampu untuk menerima ujian itu ataupun tidak. Dan sedarkah kita, sebagai umat manusia yang diciptakan oleh Allah swt seharusnya kita bersikap redha atas qada' dan qadar Allah...

Sesungguhnya hanya Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui dan Maha Agung serta tahu apa yang lebih baik untuk kesemua makhluk ciptaan-Nya...Wallahhualam....

Friday, March 11, 2011

Earthquake And Tsunami Hits Japan 3/11/11







On the 11 march 2011, whole world were shocked with the early news about "Japan Got Hit By Tsunami"...Really unexpected one, after indonesia...

Jepun dilanda tsunami selepas gempa bumi 8.9 magnitud
TOKYO: Gempa bumi pada kadar 8.9 magnitud melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami hingga setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.

Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun jumlah kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.

Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 magnitud.

Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.

Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. – Agensi

Tuesday, November 2, 2010

SEBAHAGIAN TANDA-TANDA BUMI AKAN DIHANCURKAN...

Assalammualaikum wbt.
Sesaje jew nak sharing...artikel nie aku ambil daripada laman 'mukebuku'....
hihi, facebook laaa...mulenye ade banyakkk gambar janin2 yg masih merah n mentah2 digugurkan tanpa perikemanusiaan, tapi oleh kerana adanya hak2 sensitif nie maka gambar2 itu telah pun di blok oleh pihak fb kot...kesian pada yang berkongsi info...xpasal2 fb die kene blok...sabar jelah...nak kongsi info insani nie bukan semua ble terima kan...so, pada semua...ini adalah kisah benar tentang peradaban manusia masa kini yang sememangnya tidak seiring langsung dengan kemodenan masa ini...Iyalah, nama sahaja dunia sekarang semakin lama makin maju tapi masih lagi ada yang berlandaskan ciri-ciri zaman jahiliah...
Pembunuhan, penipuan, rogol, sumbang mahram dan macam2 lagi la...ishk, ya Allah...simpang 44 malaikat.....~~~sekadar renungan~~~

SEBAHAGIAN TANDA-TANDA BUMI AKAN DIHANCURKAN

by -Tok Wan on Wednesday, November 3, 2010 at 3:32am

Kalau u all sanggup tengok....rasa nak menitis air mata...

Pengguguran anak di Singapura... ......Just to share reality dunia skrg.

Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan...Setengahny a masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.

Posting ini akan Tok Wan hapuskan dalam bulan November ini...harap maklum..~



~lihatlah...berapa banyak balutan kain kaffan...semuanya masih lagi kecil mungil...kasihan si kecil...langsung tak mengerti apa-apa dan tak pernah ditanyakan akan haknya untuk terus hidup di bumi Allah ini...mungkin juga ada hikmahnya...subhanallah...hanya Dia yang maha mengetahui...~sesungguhnya aku juga insan biasa yang amat jahil dan serba kekurangan...oleh itu, sama-samalah kita bermuhasabah diri...~~~salam insani buat semua....