Something about me....

My photo
S : siti A : aisyah Z : zainal A : abidin N : nooraini 84: year of born 02: brighter's month 15: lucky day

Tuesday, June 21, 2011

8/5/2011: Happy Mother's Day !!!

Sambutan "Hari Ibu" kali ini aku sambut simple aje...But, still hari wajib tue...huhu, i like....Anyway, aku amatlah mengharapkan serta mendoakan agar ibuku, Puan Nooraini Binti Mohd Nadzir, sentiasa panjang umur, murah rezki, diberikan kesihatan yang baik selalu, dirahmati, diberkati serta sentiasa bahagia-gembira selalu...insyaallah, semoga kita sekeluarga akan sentiasa dilindungi dan dipelihara Allah swt dari segala musibah serta bahaya...amin....


(Gambar: ibu dan abah tersayang, Pn.Nooraini & En.Zainal Abidin)


(Gambar: Aiskrim three musketer...[kot???...] @ mama & papa grill)


(Gambar: aiksss, nie siapa yg nak kene celebrate nie?...huhu, cedap ke lambchop tu abah?...)


(Gambar: Abah n Ibu...Kesian ibu, try nasi goreng Indonesia?...tapi hampeh, xsedap langsung...seb bek aku order fish n chip...tukar2 erk...)



(Gambar: Breakfast pada hari ibu, masak aje...lagipun berdua aje pun...buat ala kadar...)


(Gambar: Ibu meniup lilin untuk kek...oppsss, bukan kek daaa...whipped potato...huhu, buat sendiri tue...)


(Gambar: Simple and ala kadar but still alhamdulillah...janji kenyang....huhu....)


(Gambar: Menu pagi itu; mee suah tomyam, burger goreng+sayur [kobis aje], kentang putar n air oren...nyum! nyum!)


(Gambar: burger ayam n daging beserta sayur kobis as hiasan n di atasnya tertulis epi mom day)


(Gambar: menu untuk dua orang...banyak ke sikit?...huhu, faham2 ajelah...)


(Gambar: whipped potato @ kentang putar)












Lastly, thanx ibu 4everything dalam membesarkanku, memberikanku kasih sayang, didikan, nasihat bimbingan serta tak jemu @ berputus asa dalam segala kekurangan dan kelemahan diri ini...terima kasih sekali lagi...Sesungguhnya jasamu tidak mungkin dapat kubalas walau dengan wang ringgit sekalipun...I LOVES MY MOM!!!!...

Monday, June 20, 2011

Pes Cili Dan Pes Bawang (Homemade)

Pagi nie mood okay sikit...coz, kengkawan semua memang 'ting tong' punyer kapla pagi nie...so sambil2 menunggu public yang teramatlah sedikit bilangannya, post2 yg masih tergantung2 nie digodek2 la untuk menambahkan bilangan entri sedia ada...huhu....

Hari tu ade terbuka satu post kat blog nie...memang agak menarik blog dier...Kalu sesape yg minat bley la ke alamat blog nie http://resepiraidah.blogspot.com/...Macam2 dier share tapi xla semua aku amik, amik mane yg rase2 bley gune...huhu....So, moga bergumbira n sudi mencubanya...well, sharing is caring right?...

Pes Cili

Bahan-bahan:
100 gm cili kering (bergantung kpd kepedasan cili yg diperlukan) ~ potong kecil dan direbus, basuh dan toskan
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan dihiris
300 bawang putih ~ belah 2
Sedikit garam dan gula
1/2 liter atau secukupnya minyak.

Cara saya menyediakan:
1. Panaskan minyak, goreng bawnag putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan goreng sehingga bawang agak layu.
3. Masukkan pula cili yang telah direbus tadi dan goreng sehingga cili tersebut
masak dan airnya kering. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
4. Kemudian kisar semua bahan yg telah digoreng tadi bersama minyak gorengan.
5. Kemudian goreng semula bahan yg telah dikisar dgn menggunakan api perlahan
sehingga terbit minyak. Tambahkan sedikit garam dan juga gula. Sedia digunakan.



Pes Bawang
Bahan-bahan:
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara saya menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga
garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh
juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.



Thursday, May 19, 2011

TEMPAHAN KUIH TART BERBENTUK BUAH-BUAHAN UNTUK HARI RAYA @ HANTARAN @ DOORGIFT @ CENDERAHATI!!!


~~~ MARI, MARI, MARI !!! ~~~











~MIX TART/TART BUAH-BUAHAN~
50 BIJI : RM 38.00)

p/s: untuk sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen anda di sini atau di email saya aisyah.zan@gmail.com. Terima kasih.... :)

Sunday, May 15, 2011

16 Mei 2011, Malaysia Menyambut Hari Guru..


16/5/2011,

Tanpa kita sedar, usia semakin menginjak. Semakin lama semakin bertambah. Namun selari dengan pertambahan usia, sedari itu jualah kenangan-kenangan lama akan menghambat memori hidup kita.

Ada memori yang manis, ada juga yang pahit. Namun semua itu sebenarnya memberi rencah dalam perjalanan hidup kita. Dalam pada itu, kenangan di zaman persekolahan juga akan seringkali singgah dalam kotak fikiran kita semua.

Kawan-kawan yang pelbagai ragam, suasana yang kadang2 tak dapat dilupakan dan paling tidak kita lupakan, guru-guru sekolah yang tidak pernah jemu mendidik serta membimbing kita menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Panggilan-panggilan seperti guru, cikgu, 'laoshi', 'teacher', dan apa jua perkataannya maknanya tetap sama; seseorang yang begitu berjasa dalam memastikan kita berjaya dari segi akademik ataupun sahsiah diri.

'Jasa Guru', sememangnya jasa seorang guru takkan boleh kita lupakan. Bukan hanya seorang tapi untuk semua para guru yang tidak pernah jemu memberikan sumbangan serta memerah keringat saban masa. Apapun, terima kasih atas segalanya cikgu.

Monday, March 21, 2011

Musibah, tanda Allah swt mengasihi umatnya?...



Setiap manusia yang dilahirkan di dunia, pastinya akan diuji. Seringkali kita tertanya-tanya, mengapakah kita yan diberikan ujian itu?. Mengapa bukan orang lain, orang yang kelihatan hidupnya seperti tidak pernah diuji. Sebenarnya benarkah kita sebagai manusia yang hidup atas 'ikhsan-Nya' ini dipilih-pilih untuk menerima ujian. Bak memilih baju ataupun dengan kata lain, pilih kasih. (Subhanallah...Janganlah sesekali kita pernah berfikir sebegitu. Allahuakbar...)

Sedarkah kita, dengan pemikiran sebegitu, kita umpama cuba mempersoalkan ketentuanNya?. Nauzubillahhiminzalik... Sebenarnya, setiap dari kita akan diuji, pasti diuji! Bayangkan, Rasulullah saw yang begitu besar tempatnya disisi Allah swt (merujuk kepada kekasih Allah) turut diuji. Malahan ujian baginda sebenarnya lebih besar dan getir daripada kita. Namun, baginda s.a.w. tidak pernah sesekali merungut mahupun berputus asa malahan baginda s.a.w. menerimanya dengan hati yang terbuka. Subhanallah, betapa kentalnya jiwa baginda...

Dalam mengahadapi sesuatu musibah atau dugaan, pernahkah kita terfikir Allah s.w.t menimpakan ujian kepada umatnya atas sebab rasa sayangNya pada kita, teramat sayang...Setiap ujian yang diberikan pasti ada sebab-musababnya serta hikmahnya yang tersendiri. Namun setakat manakah kita sebagai umatNya mampu untuk menerima ujian itu ataupun tidak. Dan sedarkah kita, sebagai umat manusia yang diciptakan oleh Allah swt seharusnya kita bersikap redha atas qada' dan qadar Allah...

Sesungguhnya hanya Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui dan Maha Agung serta tahu apa yang lebih baik untuk kesemua makhluk ciptaan-Nya...Wallahhualam....