Something about me....

My photo
S : siti A : aisyah Z : zainal A : abidin N : nooraini 84: year of born 02: brighter's month 15: lucky day

Monday, June 20, 2011

Pes Cili Dan Pes Bawang (Homemade)

Pagi nie mood okay sikit...coz, kengkawan semua memang 'ting tong' punyer kapla pagi nie...so sambil2 menunggu public yang teramatlah sedikit bilangannya, post2 yg masih tergantung2 nie digodek2 la untuk menambahkan bilangan entri sedia ada...huhu....

Hari tu ade terbuka satu post kat blog nie...memang agak menarik blog dier...Kalu sesape yg minat bley la ke alamat blog nie http://resepiraidah.blogspot.com/...Macam2 dier share tapi xla semua aku amik, amik mane yg rase2 bley gune...huhu....So, moga bergumbira n sudi mencubanya...well, sharing is caring right?...

Pes Cili

Bahan-bahan:
100 gm cili kering (bergantung kpd kepedasan cili yg diperlukan) ~ potong kecil dan direbus, basuh dan toskan
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan dihiris
300 bawang putih ~ belah 2
Sedikit garam dan gula
1/2 liter atau secukupnya minyak.

Cara saya menyediakan:
1. Panaskan minyak, goreng bawnag putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan goreng sehingga bawang agak layu.
3. Masukkan pula cili yang telah direbus tadi dan goreng sehingga cili tersebut
masak dan airnya kering. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
4. Kemudian kisar semua bahan yg telah digoreng tadi bersama minyak gorengan.
5. Kemudian goreng semula bahan yg telah dikisar dgn menggunakan api perlahan
sehingga terbit minyak. Tambahkan sedikit garam dan juga gula. Sedia digunakan.



Pes Bawang
Bahan-bahan:
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara saya menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga
garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh
juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.



Thursday, May 19, 2011

TEMPAHAN KUIH TART BERBENTUK BUAH-BUAHAN UNTUK HARI RAYA @ HANTARAN @ DOORGIFT @ CENDERAHATI!!!


~~~ MARI, MARI, MARI !!! ~~~











~MIX TART/TART BUAH-BUAHAN~
50 BIJI : RM 38.00)

p/s: untuk sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen anda di sini atau di email saya aisyah.zan@gmail.com. Terima kasih.... :)

Sunday, May 15, 2011

16 Mei 2011, Malaysia Menyambut Hari Guru..


16/5/2011,

Tanpa kita sedar, usia semakin menginjak. Semakin lama semakin bertambah. Namun selari dengan pertambahan usia, sedari itu jualah kenangan-kenangan lama akan menghambat memori hidup kita.

Ada memori yang manis, ada juga yang pahit. Namun semua itu sebenarnya memberi rencah dalam perjalanan hidup kita. Dalam pada itu, kenangan di zaman persekolahan juga akan seringkali singgah dalam kotak fikiran kita semua.

Kawan-kawan yang pelbagai ragam, suasana yang kadang2 tak dapat dilupakan dan paling tidak kita lupakan, guru-guru sekolah yang tidak pernah jemu mendidik serta membimbing kita menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Panggilan-panggilan seperti guru, cikgu, 'laoshi', 'teacher', dan apa jua perkataannya maknanya tetap sama; seseorang yang begitu berjasa dalam memastikan kita berjaya dari segi akademik ataupun sahsiah diri.

'Jasa Guru', sememangnya jasa seorang guru takkan boleh kita lupakan. Bukan hanya seorang tapi untuk semua para guru yang tidak pernah jemu memberikan sumbangan serta memerah keringat saban masa. Apapun, terima kasih atas segalanya cikgu.

Monday, March 21, 2011

Musibah, tanda Allah swt mengasihi umatnya?...



Setiap manusia yang dilahirkan di dunia, pastinya akan diuji. Seringkali kita tertanya-tanya, mengapakah kita yan diberikan ujian itu?. Mengapa bukan orang lain, orang yang kelihatan hidupnya seperti tidak pernah diuji. Sebenarnya benarkah kita sebagai manusia yang hidup atas 'ikhsan-Nya' ini dipilih-pilih untuk menerima ujian. Bak memilih baju ataupun dengan kata lain, pilih kasih. (Subhanallah...Janganlah sesekali kita pernah berfikir sebegitu. Allahuakbar...)

Sedarkah kita, dengan pemikiran sebegitu, kita umpama cuba mempersoalkan ketentuanNya?. Nauzubillahhiminzalik... Sebenarnya, setiap dari kita akan diuji, pasti diuji! Bayangkan, Rasulullah saw yang begitu besar tempatnya disisi Allah swt (merujuk kepada kekasih Allah) turut diuji. Malahan ujian baginda sebenarnya lebih besar dan getir daripada kita. Namun, baginda s.a.w. tidak pernah sesekali merungut mahupun berputus asa malahan baginda s.a.w. menerimanya dengan hati yang terbuka. Subhanallah, betapa kentalnya jiwa baginda...

Dalam mengahadapi sesuatu musibah atau dugaan, pernahkah kita terfikir Allah s.w.t menimpakan ujian kepada umatnya atas sebab rasa sayangNya pada kita, teramat sayang...Setiap ujian yang diberikan pasti ada sebab-musababnya serta hikmahnya yang tersendiri. Namun setakat manakah kita sebagai umatNya mampu untuk menerima ujian itu ataupun tidak. Dan sedarkah kita, sebagai umat manusia yang diciptakan oleh Allah swt seharusnya kita bersikap redha atas qada' dan qadar Allah...

Sesungguhnya hanya Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui dan Maha Agung serta tahu apa yang lebih baik untuk kesemua makhluk ciptaan-Nya...Wallahhualam....

Saturday, March 12, 2011

Nasi Ayam Penyet




NASI AYAM PENYET
Bahan-bahan ( 6 orang )
Untuk Ayam 1 ekor ayam
– potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa

Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara
1.Untuk Ayam Penyet
2.Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
3.Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
4.(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
5.Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
6.Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
7.Untuk Sambal
8.Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
9.Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
10.Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
11.Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
12.Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
13.Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
14.Masukkan gula merah dan gaul rata.
15.Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
16.Untuk Sup
17.Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
18.Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
19.Untuk Nasi
20.Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
21.Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
22.Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
23.Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

~tambahan: boleh juga dimakan bersama nasi putih serta ulam-ulaman...
~selamat mencuba~
sumber: www.myresipi.com